GANDINGAN Ooi Tze Liang-Chew Yiwei memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik New Clark City, hari ini.
Mereka berdua mengumpul 398.16 mata selepas berakhir kesemua enam pusingan.
Perak menjadi milik pasangan Thailand, Juntaphadawon Chawchanwat-Marksin Thitipoom yang meraih 344.76 mata.
Gandingan Singapura Timothy Lee-Mark Lee pula meraih gangsa selepas mengutip 340.53 mata.
Ini adalah gandingan kali pertama Tze Liang-Yiwei pada saingan Sukan Sea dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.
© New Straits Times Press (M) Bhd