Terjunan sempurna Dhabitah, Wendy

NUR Dhabitah Sabri-Wendy Ng menutup tirai terjun dengan sempurna apabila memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama wanita Sukan Sea Filipina. FOTO AIZUDDIN SAAD
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

GANDINGAN Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng menutup tirai terjun dengan sempurna apabila memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama wanita Sukan Sea Filipina di Clark, sebentar tadi.

Dhabitah-Wendy mendominasi acara itu sejak 2013 di Myanmar lagi.

Mereka meraih 270.60 mata manakala gandingan Singapura, Fong Kay Yian-Ashlee Tan meraih perak selepas mengumpul 228.06 mata.

Gangsa milik Booranapol Surincha-Yanmongkon Ramanya dari Thailand yang meraih 208.14 mata.

Terjun menepati sasaran meraih semua empat pingat emas ditawarkan.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Sabtu, 07 Dec 2019