'Shalin paling hampir atasi 22 emas saya...'

Nurul Huda (kanan) cabar Shalin atasi rekod pingat emas Sukan SEA miliknya. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my

LEGENDA renang negara, Nurul Huda Abdullah mencabar atlet tenpin bowling, Shalin Zukifli mengatasi rekod 22 emas yang diraihnya sepanjang Sukan SEA.

Shalin adalah atlet paling hampir boleh mengatasi pencapaian Nurul Huda apabila sudah mengumpul 20 emas selepas berakhir temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

"Dia paling hampir.

Saya sentiasa menggalakkan untuk atlet memecahkan rekod yang dipegang selepas 30 tahun.

"Berdasarkan prestasinya dua tahun lalu, saya yakin akan kemampuannya di Filipina kali ini," katanya.

Nurul Huda salah seorang dari dua timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019 adalah pemenang emas terbanyak negara di Sukan SEA sepanjang pembabitannya bermula dari 1983 hingga 1989.

"Saya tidak berharap rekod akan kekal selama-selamanya namun dengan tempoh hampir 30 tahun sudah cukup lama.

"Malah semua lapan rekod kebangsaan milik saya sudah dipecahkan dan ia petanda yang bagus kerana terdapat peningkatan dipamerkan atlet," katanya.

Shalin yang tampil buat kali pertama di Sukan SEA 1993 meraih tiga emas pada 2017 untuk melengkapkan 20 emas keseluruhan.

Tambah Nurul Huda, atlet negara ketika ini amat bertuah kerana mendapat sokongan padu semua pihak termasuk latihan berpusat yang lengkap di Bukit Jalil.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Rabu, 19 Jun 2019