Fuad akui perlu ganda usaha

FUAD menjalani sesi latihan bagi menghadapi temasya Sukan Sea Filipina 2019 di MSN Keramat.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my

PETINJU negara, Mohd Fuad Redzuan mengakui perlu menggandakan usaha dalam misinya mempertahankan emas Sukan SEA di Filipina nanti.

Kekurangan pertandingan antarabangsa sejak awal tahun meresahkan petinju berusia 28 tahun itu dengan saingan hanya berbaki kira-kira empat bulan.

"Setakat ini saya hanya menyertai tiga kejohanan termasuk satu pertandingan tempatan berbanding pencabar dari Filipina dan Thailand yang sudah sekurang-kurangnya enam kejohanan antarabangsa.

"Jadi saya agak ketinggalan berbanding mereka yang banyak bertanding dan mendapat lebih perlawanan," jelasnya yang memenangi kategori 49 kilogram (kg) di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Dia dijangka tampil kali keenam di Sukan SEA Filipina sejak mula beraksi pada 2009. Berdasarkan pengalaman dimiliki, dia menjadi taruhan utama negara dalam memastikan sekurang-kurangnya sebutir emas mampu diraih.

"Persiapan sudah mencapai 80 peratus. Saya sebenarnya meletakkan sasaran untuk mara ke final terlebih dulu," tambahnya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Khamis, 25 Jul 2019