MOM cari jalan hantar atlet petanque

Naziffudin akan mesyuarat khas untuk cari jalan. FOTO fail NSTP
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan ‘mencari jalan’ bagi membolehkan penyertaan atlet petanque negara pada Sukan SEA tidak akan terjejas.

Ia susulan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) yang kini digantung Persekutuan Petanque Antarabangsa.

Wakil PPM dijadual menemui panel pemilihan Sukan SEA 2019 di Majlis Olimlik Malaysia (MOM) tidak dibenarkan berbuat demikian dengan satu mesyuarat berasingan akan diadakan.

"Kita akan memastikan atlet dapat dihantar ke Sukan SEA menerusi MOM atau cara lain.

Kita akan mengadakan mesyuarat khas," kata Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

PPM dilaporkan digantung badan induk dunia susulan beberapa isu termasuk kewangan.

Petanque antara sukan yang diharapkan mampu membawa pulang emas di Filipina selepas meraih dua emas pada 2017.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 29 Jul 2019