Latihan di Kazakhstan bukan 'makan angin'

Iruan berharap peninju dapat pengalaman berbeza. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my

LATIHAN selama tiga minggu di Kazakhstan diharap mampu mempersiapkan peninju negara menghadapi Sukan SEA Filipina nanti.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), Iruan Zulkefli, mereka akan merasai persekitaran yang berbeza apabila dihantar ke sana pada awal November nanti.

"Mereka akan mendapat lebih banyak aksi bersama rakan sepelatih dengan bertemu atlet yang lebih baik. Latihan di sana bukan untuk ‘makan angin’," katanya.

Selain itu menurut Iruan, juga pengurus pasukan ke Filipina, peninju negara dijadual menyertai beberapa kejohanan tempatan sebagai persiapan.

Jelasnya, PTAM hanya meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira kilauan terhadap enam peninjunya yang dijadual beraksi di Filipina.

Bagaimanapun sandaran utama tetap terarah kepada Mohd Fuad Redzuan untuk mempertahankan emas kategori 49 kilogram diraihnya dua tahun lalu.

Fuad bakal tampil buat kali keenam di Sukan SEA dijangka mendapat tentangan sengit lawan dari Filipina dan Thailand.

MOM pada Rabu lalu memutuskan untuk memberikan tiga tiket kategori A kepada peninju manakala tiga lagi berada dalam kategori B.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Jumaat, 02 Aug 2019