Ifwat tarik diri, bukan tak bagus

IFWAT tarik diri pada saat akhir atas faktor masalah keluarga.
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menafikan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal digugurkan pada saat akhir disebabkan persembahan pemain itu tidak memuaskan pada aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia hingga gawang Kedah dibolosi lapan gol. Sebaliknya berlaku apabila Cheng Hoe menyatakan bahawa Ifwat menarik diri pada saat akhir atas faktor masalah keluarga.

Beliau berkata, kekalahan Kedah baru-baru ini bukanlah atas faktor individu semata-mata namun ia membabitkan kerja berpasukan.

“Kami menghormati keputusan Ifwat yang mahu menarik diri atas faktor keluarga seterusnya saya ambil keputusan untuk menggantikannya dengan penjaga gol Johor Darul Ta’zim(JDT) Haziq Nadzli.

“Setakat ini, saya lihat Ifwat dan dalam bola sepak bukan hanya individu menentukan kejayaan pasukan semata-mata. Saya bukan katakan Kedah tidak bagus cuma jangan menghukum individu atas kekalahan pasukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), di sini, semalam.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, beliau sedia maklum Haziq turut disenaraikan membarisi skuad Bawah 22 Tahun(B-22) untuk beraksi di Sukan SEA Filipina.

“Saya bersama pengendali B-22 Datuk Ong Kim Swee sentiasa berbincang mengenai perkara terbabit bagi mengelak timbul masalah lain nanti,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 04 Nov 2019