Irfan perkasa benteng skuad B-23

IRFAN (kiri) miliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa.
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

PENGALAMAN beraksi di pentas antarabangsa membolehkan pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria dipilih mengisi kuota pemain lebih umur untuk membarisi skuad Bawah 23 tahun (B-23) ke kejohanan Sukan SEA Filipina.

Pengendali skuad B-23 Datuk Ong Kim Swee berkata, pemilihan Irfan dapat memantapkan lagi bahagian pertahanan negara berdasarkan pengalamannya di pentas antarabangsa.

Beliau berkata, Irfan bakal bergandingan dengan Dominic Tan dan Amirul Ashraf di bahagian pertahanan manakala seorang lagi pemain lebih umur akan ditentukan nanti.

“Irfan seperti sedia maklum sudah lama bersama pasukan B-23 sebelum ini dan saya percaya dengan pengalaman yang ada mampu mengawal bahagian pertahanan,” katanya.

Selain itu, Kim Swee berkata, seorang lagi pemain lebih umur akan ditentukan selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Thailand nanti.

“Posisi pemain lebih umur perlu ditentukan menerusi keperluan dan ia bergantung jika terdapat bahagian yang kritikal selain memerlukan pemain berpengalaman untuk mengatasi masalah terbabit,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Jumaat, 08 Nov 2019