Skuad bola tampar laung amaran

SKUAD bola tampar lelaki unggul di Singapura.
Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@mediaprima.com.my

SKUAD bola tampar pantai negara mendapat motivasi tambahan menjelang Sukan SEA Filipina akhir bulan ini apabila kedua-dua gandingan lelaki dan wanita menjuarai Kejohanan Bola Tampar Pantai National Series Singapura hari ini.

Gandingan Jackson Ting-Raja Nazmi Saifuddin Raja Hussin menjuarai kategori Terbuka Lelaki manakala Tan Hsi Yan-Tasha Mae meraih juara kategori Terbuka Wanita.

Kejayaan kedua-dua gandingan itu disempurnakan Rafi Asruki Nordin dan Shon Ngiap Shyang yang menduduki tempat ketiga kategori lelaki.

Kejayaan itu secara tidak langsung memberi semangat kepada pasukan bola tampar yang hanya menurunkan skuad bola tampar pantai pada edisi Sukan SEA kali ini.

Kali terakhir mereka meraih pingat menerusi gandingan Luk Teck Hua-Beh Shun Ting yang membawa pulang gangsa pada Sukan SEA 2011 Indonesia.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 11 Nov 2019