'Orang lama' sandaran emas petanque

(DARI kiri) Saiful Bahri, Syed Akmal Fikri dan Hafizuddin kibar cabaran di Filipina.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

GANDINGAN tiga juara di Sukan SEA 2017 menjadi sandaran utama skuad petanque negara merealisasikan sasaran sebutir emas pada edisi ke-30 di Filipina, bulan depan.

Malaysia akan mempertaruhkan pemenang acara perseorangan, Muhamad Hafizuddin Mat Daud serta Saiful Bahri Musmin danSyed Akmal Fikri Syed Ali yang meraih emas acara beregu, dua tahun lalu beraksi dalam acara bertiga.

Jurulatih negara, Zanilisa Mohamed percaya keputusan untuk menggandingkan tiga pemenang emas Sukan SEA 2017 berkenaan diharapkan bakal membuahkan hasil diharapkan.

"Mereka taruhan utama kita untuk meraih emas di Filipina. Saya percaya dengan kemampuan mereka yang berpengalaman serta sudah lama dalam skuad negara, sekitar lapan tahun.

"Malah saya mendapat maklumat seteru utama iaitu Thailand tidak memberi fokus kepada acara bertiga sekali gus membuka peluang lebih baik untuk kita meraih emas," katanya.

Filipina hanya mempertandingkan empat secara keseluruhan iaitu beregu dan bertiga, menggugurkan acara perseorangan yang menjadi kekuatan pemain negara.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Selasa, 12 Nov 2019