Skuad B-22 berlepas ke Manila [METROTV]

PEMAIN B-22 mendengar amanat terakhir Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (tengah) pada majlis makan malam sebelum ke Manila. — FOTO Persatuan Bolasepak Malaysia
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) negara berlepas ke Manila menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 11 pagi tadi bagi menyertai acara bola sepak Sukan Sea Filipina 2019 yang bermula Isnin ini.

Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan Kumpulan A berdepan Myanmar Isnin ini diikuti perlawanan menentang tuan rumah, Filipina pada 29 November.

Selepas itu, baki dua aksi peringkat kumpulan bertemu Timor-Leste pada 2 Disember dan Kemboja dua hari kemudian. Semua empat perlawanan itu diadakan di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Ini temasya Sukan Sea kelima berturut-turut skuad negara dibimbing oleh Kim Swee, 49, selepas edisi 2011 di Indonesia, 2013 di Myanmar, 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Sabtu, 23 Nov 2019