Soon Huat-Shevon sedia ke Filipina

SHEVON Lai Jamie dan Goh Soon Huat.
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

MESKIPUN gagal bergelar juara Masters Korea, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengakui aksi konsisten itu menambahkan keyakinan mereka untuk menghadapi temasya Sukan Sea Filipina.

Pasangan negara itu terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas tewas 14-21,15-21 di tangan wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet kelmarin.

Jelas Shevon, dia serta Soon Huat ketika ini berada pada prestasi terbaik untuk menghadapi Sukan Sea.

“Saya rasa prestasi kami agak konsisten sepanjang tiga minggu terakhir ini.

“Walaupun kecewa dengan kekalahan ini, kami perlu terus fokus dan memastikan diri kami berada dalam keadaan baik.

“Kejayaan mara ke final ini sememangnya memberi tambahan keyakinan kepada kami terutamanya untuk menghadapi Sukan Sea,” kata Shevon.

Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking kelapan dunia beraksi dalam final pertama musim ini selepas empat kali terkandas di separuh akhir.

Hasrat untuk melihat satu lagi wakil negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk muncul juara juga tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada wakil Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin 19-21, 22-20, 19-21.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 25 Nov 2019