Skuad polo mara final

SKUAD polo negara atasi Brunei untuk mara ke pentas final.

MALAYSIA berpeluang meraih emas pertama Sukan Sea apabila skuad polo negara melangkah ke pentas final selepas mengatasi Brunei dengan keputusan 8 berbalas 5.5 pada aksi terakhir pusingan round robin, semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Padang Polo Inigo Zobel di Manila, skuad negara yang hadir dengan status sebagai juara bertahan acara berkenaan, berjaya bangkit pada aksi ketiga selepas tewas kepada tuan rumah 5 - 8.5, Selasa lalu.

Dengan kejayaan ke final itu, skuad polo negara berpeluang menebus kekalahan di tangan Filipina pada peringkat awal kempen.

Brunei dan Indonesia akan berentap merebut gangsa selepas masing-masing menamatkan saingan pusingan awal di kedudukan ketiga dan keempat.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Jumaat, 29 Nov 2019