SUKAN wushu menjadi penyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Sea 2019 apabila atletnya, Loh Choon How memenangi acara taijiquan lelaki di Pusat Dagangan Dunia di Manila, hari ini.
Choon How berjaya memikat juri apabila dia mengutip mata tertinggi 9.68 mata sekali gus mengatasi atlet Brunei, Wong Zheng Yu dengan catatan 9.59 bagi meraih perak.
Gangsa milik atlet tuan rumah Filipina, Daniel Parantac dengan catatan 9.56.
© New Straits Times Press (M) Bhd