Kami kesal bendera salah : Megat Zulkarnain [METROTV]

MEGAT Zulkarnain (dua dari kiri) bersama sekteriat membetulkan Jalur Gemilang kerana berlaku kesilapan ketika upacara penyampaian pingat emas acara Wushu Taolu Taijiquan. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim melaporkan dari Manila
firdaushashim@hmetro.com.my

KONTINJEN Malaysia kesal dan mahu tuan rumah temasya Sukan Sea ke-30 menukar segera bendera Jalur Gemilang yang betul dalam tempoh 24 jam.

Gesaan dibuat susulan kesilapan Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (Phisgoc) yang menggunakan bendera Malaysia yang salah pada majlis upacara penyampaian pingat emas kepada atlet wushu negara, Loh Choon How di Pusat Dagangan Dunia di Manila, hari ini.

Bagaimanapun, belum sempat upacara kilauan pingat dijalankan, kontinjen negara yang diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengesan kesilapan itu dan meminta Phisgoc untuk segera menukar bendera berkenaan.

Susulan daripada insiden itu, upacara berkenaan tertangguh hampir 20 minit sebelum Choon How secara rasminya diumumkan sebagai pemenang sekaligus emas pertama buat kontinjen negara.

"Saya sedikit kecewa sebab ini bukan perkara (salah bendera) yang boleh kita pandang ringan.

"Nasib baik kita sempat tengok dan kita hentikan (upacara penyampaian pingat).

Walaupun ia berhenti berapa lama, kita tak kisah yang penting ini adalah maruah negara kita,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 01 Dec 2019