Julian pertahan emas

JULIAN Yee ketika beraksi di SM Megamall Ice Skating Rink. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

STRATEGI mempertaruhkan tiga irama berbeza dengan menekankan muzik rancak menyaksikan atlet luncur ais negara, Julian Yee mempertahankan pingat emas Sukan Sea ke-30, di SM Megamall Ice Skating Rink, di sini, hari ini.

Julian yang hadir dengan reputasi hebat selaku juara bertahan nyata berada pada kelas tersendiri apabila mengumpul 202.26 mata keseluruhan.

Jumlah itu jelas jauh meninggalkan dua pesaing lain termasuk wakil tuan rumah, Caluza Christopher yang terpaksa meraih pingat perak dengan catatan 180.22 manakala gangsa milik Lynette Micah Kai dari Thailand 174.06 mata.

“Ya, saya sengaja memilih lagu yang lebih rancak kerana saya mahu penonton turut mengikut rentak saya di atas ais.

“Kebiasannya atlet akan memilih lagu yang perlahan dan hanya satu irama tetapi saya menggabungkan tiga irama rancak untuk memberi mometum yang berbeza-beza,” katanya.

Menurutnya lagi, dia menghadiahkan pingat emas ini kepada keluarga yang banyak berkorban sepanjang terbabit dalam sukan itu.

“Ini buat keluarga yang selalu berada di belakang saya sentiasa. Saya gembira dapat mempertahankan dan berharap dapat melakukannya di temasya akan datang,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 01 Dec 2019