Emas kuda pinjam

SKUAD polo negara di Sukan SEA Manila
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

SEMANGAT kerjasama berpasukan yang tinggi adalah resipi utama kejayaan skuad polo negara mempertahankan pingat emas apabila berjaya menundukkan tuan rumah 7-5 1/2 pada pentas final Sukan Sea 2019 di Padang Polo Inigo Zobel, di sini, hari ini.

Menurut pengurus skuad polo negara, Datuk Mohamad Zekri Ibrahim, kejayaan mengenepikan Filipina bukan mudah apatah lagi mereka hadir ke Manila tanpa kuda sendiri.

"Semuanya untuk Malaysia. Itu sahaja yang ada pada semua pemain dan pasukan polo negara.

"Pasukan negara datang ke Sukan Sea ini tanpa menggunakan kuda sendiri berbanding dengan pasukan tuan rumah Filipina.

"Perlawanan yang mendebarkan dan pasukan negara dilihat sebagai bukan pilihan kerana ketiadaan kuda berbanding tuan rumah.

"Kemenangan ini adalah kerana sikap yang tidak mahu mengaku kalah walaupun di atas kertas Malaysia sukar untuk mempertahankan pingat emas kerana tiada ‘kuasa kuda’, katanya.

Skuad negara sebelum ini mengatasi Indonesia 11 berbalas 7 1/2 pada aksi pembukaan Ahad lalu, sebelum tewas 8 1/2 berbalas 5 kepada Filipina, selang dua hari kemudian.

Pada aksi terakhir kumpulan, Malaysia kembali menemui rentak kemenangan dengan menumbangkan Brunei 8 berbalas 5/5.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 01 Dec 2019