Peluang Malaysia tambah emas

PASUKAN bola jari negara. FOTO: Osman Adnan
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SELEPAS cemerlang meraih empat emas hari ini, kontinjen negara dijangka akan dapat menambah sekurang-kurangnya lima pingat emas lagi pada hari ketiga temasya Sukan Sea esok.

Antara yang paling mencuri tumpuan adalah penentuan emas bagi acara bola jaring membabitkan Malaysia dengan Singapura di Kompleks Sukan Rosa, Manila.

Ia mengulangi final dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia berjaya memenangi emas selepas menewaskan negara jiran itu.

Gimnastik artistik pula akan membuka gelanggang hari ini di Rizal Memorial Coliseum dengan Malaysia berpeluang untuk mengintai emas.

Antara atlet negara akan turun beraksi ialah Farah Ann Abdul Hadi dan Tracie Ang.

Di Clark pula, sekurang-kurangnya tiga wakil negara akan beraksi pada pentas final acara boling padang sekali gus berpotensi untuk menambah pungutan pingat emas.

Tiga acara itu ialah pairs wanita, fours wanita dan triples lelaki.

Kontinjen negara juga dilihat berpeluang untuk menambah pingat menerusi acara silat seni regu dan ganda di Subic Bay.

Pelayaran yang membuka tirai esok juga berpeluang untuk memenangi pingat menerusi Khairulnizam Mohd Afendy dalam acara laser standard.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 01 Dec 2019