Kejutan kurash sambar perak

ATLET kurash negara, Fakhrul Adam Cruz (tengah) meraih pingat perak. FOTO ihsan Majlis Olimpik Malaysia
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

KEJUTAN benar-benar dilakar dalam acara kurash selepas Fakhrul Adam Fauzi Cruz berjaya meraih pingat perak untuk kategori -90kg.

Berlangsung di Laus Group Event Center, Fakhrul tidak diletakkan harapan tinggi untuk meraih pingat namun dia akhirnya berjaya melakukannya.

“Terima kasih kepada semua terutamanya abang saya Yusof Daniel yang menjadi rakan sepelatih.

“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip selagi belum tamat perlawanan, selagi itu saya harus terus cuba menyerang lawan.

“Abang saya juga akan beraksi tetapi dalam acara judo. Saya doakan dia juga memperoleh kejayaan,” katanya.

Sebelum ini pengurus pasukan, Susan Cheah Pik Yee berkata, barisan atletnya akan melakukan kejutan pada saingan kali ini.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 01 Dec 2019