Taufan Kammuri diramal badai Filipina

PERKHIDMATAN Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) melaporkan Ribut tropika Kammuri kini berada di luar Filipina bakal memasuki negara. FOTO Osman Adnan
AFP

CLARK (Filipina): Pihak berkuasa Filipina mula memindahkan ribuan penduduk susulan Taufan Kammuri yang diramal melanda petang esok atau pagi Selasa nanti.

AFP melaporkan, taufan yang kini berada di lautan Pasifik itu menyebabkan penganjur Sukan SEA sama ada membatalkan atau menyusun semula jadual beberapa acara.

Menurut pakar kaji cuaca, taufan terbabit akan membawa kelajuan angin mencecah 170 kilometer sejam.

Sejak malam semalam lagi, penduduk di tengah wilayah Bicol diarahkan untuk meninggalkan rumah masing-masing oleh beberapa pihak berkuasa tempatan.

Sehingga tengah hari tadi, lebih 3,000 penduduk sudah berada di pusat pemindahan sementara yang kebanyakan terdiri daripada sekolah dan gimnasium di Camarines Norte, kata jurucakap pejabat pengurusan bencana wilayah.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 01 Dec 2019