Tiga emas serentak!

Atlet boling padang Malaysia lelaki dan wanita ceria selepas meraih tiga pingat emas. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

TIGA pingat emas diraih serentak skuad boling negara menerusi acara pairs wanita, four wanita dan triples lelaki di Clark City Friendship Gate, hari ini.

Gandingan Afiqah Dayana Budiman, Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Siti Zalina Ahmad muncul pemenang pertama acara fours wanita selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Filipina 17-6.

Beberapa saat kemudian gandingan triples lelaki, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohamad Fairus Abd Jabal dan Mohammad Syamil Syazwan Ramli mengesahkan pingat emas selepas menewaskan Filipina 14-8.

Dalam acara pairs wanita, gandingan Nurul Alyani Jamil dan Emma Firyana Jamil melengkapkan hari bergaya Malaysia apabila menyambar emas ketiga selepas mengatasi Brunei 21-14.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 02 Dec 2019