Malaysia kekal kuasa bola jaring

PEMAIN bola jaring negara bergembira selepas tamat perlawanan. - FOTO Bernama
Firdaus Hashim
firdaushashim

KETAJAMAN dua penyerang negara, An Najwa Azizan yang beraksi sebagai GS (gol shooter) dan L Karishma di posisi GA (goal attacker) memastikan skuad bola jaring negara terus mengekalkan kuasa selaku kuasa Asia Tenggara di temasya Sukan Sea 2019.

Aksi final yang berlangsung sengit di Kompleks Sukan Santa Rosa menyaksikan anak buah Tracey Robinson dipaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Singapura 48-42 hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan itu menyaksikan kem negara mengekalkan rekod bersih dalam temasya edisi ke-30 ini tanpa sebarang kekalahan dari pusingan awal hingga ke final.

Jelas Tracey, sebelum pasukan turun ke gelanggang, beliau mengigatkan pemain supaya tenang agar tidak tertekan ketika perlawanan.

"Saya tak bimbang dengan pasukan lawan kerana saya tahu kelebihan dan kualiti pemain kita terutamanya Najwa dan Karishma. Kedua-dua beraksi baik begitu juga pemain lain yang bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan.

“Malah, pemain juga menunjukkan aksi mengagumkan sepanjang saingan dari peringkat kumpulan hingga final. Ini hadiah terbaik atas usaha mereka dan juga hadiah buat kontinjen negara," katanya sejurus tamat aksi.

Kejayaan mempertahankan emas dimenangi di Kuala Lumpur dua tahun lalu adalah yang ketiga sepanjang empat kali acara berkenaan dipertandingkan.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 02 Dec 2019