Li Tian raih emas sulung catur

Li Tian muncul atlet pertama memenangi pingat emas catur di Sukan Sea. FOTO NSTP/Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

KONTINJEN negara menambah emas menerusi Yeoh Li Tian dalam acara catur rapid di Hotel Travelers, Subic, hari ini sekali gus melakar sejarah atlet pertama memenangi emas dalam sukan catur.

Li Tian tidak berdepan laluan mudah, sebaliknya kemenangannya terpaksa ditentukan menerusi tie-break selepas dia terikat bersama pemenang pingat perak dari Vietnam, Nguyen Ngoc Truong Son 6 1/2 mata.

Kutipan tie-break yang lebih tinggi menyaksikan Li Tian diumumkan sebagai pemenang.

Truong Son sekadar berpuas hati dengan Perak manakala rakan senegaranya Nguyen Anh Koi meraih gangsa dengan lima mata.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Selasa, 03 Dec 2019