PASUKAN boling padang lelaki negara menghadiahkan pingat emas ke-19 buat kontinjen Malaysia selepas mengatasi Brunei 24-6 dalam acara fours Sukan Sea di Clark, Filipina, hari ini.
Kemenangan itu cukup manis kerana mereka berjaya menebus kehampaan apabila sekadar meraih perak edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.
Gandingan Muhammad Idham Amin, Zulhimie Redzuan, Fairul Izwan Abd Muin dan Daeng Dhadyry Bahasry mempamerkan aksi konsisten sejak awal saingan.
Kejayaan terbaharu itu menyaksikan pasukan boling padang negara menutup saingan dengan meraih empat emas.
© New Straits Times Press (M) Bhd