Boling padang rangkul emas lagi

Atlet boling padang negara cemerlang meraih emas dalam acara masing-masing di Sukan Sea kelmarin. FOTO File NSTP
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

PASUKAN boling padang lelaki negara menghadiahkan pingat emas ke-19 buat kontinjen Malaysia selepas mengatasi Brunei 24-6 dalam acara fours Sukan Sea di Clark, Filipina, hari ini.

Kemenangan itu cukup manis kerana mereka berjaya menebus kehampaan apabila sekadar meraih perak edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Gandingan Muhammad Idham Amin, Zulhimie Redzuan, Fairul Izwan Abd Muin dan Daeng Dhadyry Bahasry mempamerkan aksi konsisten sejak awal saingan.

Kejayaan terbaharu itu menyaksikan pasukan boling padang negara menutup saingan dengan meraih empat emas.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Rabu, 04 Dec 2019