HASRAT untuk melihat perenang negara, Welson Sim mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut bagi acara 400 meter gaya bebas tidak kesampaian apabila dia sekadar meraih perak.
Welson mencatat masa 3:49.55 saat (s) menghampiri rekod kebangsaan miliknya 3:49.29s.
Dia tewas kepada perenang Vietnam, Nguyen Huy Hoang 3:49.08s sekali gus rekod baru kejohanan. Welson adalah pemenang pada edisi 2015 di Singapura serta dua tahun lalu di Kuala Lumpur.
© New Straits Times Press (M) Bhd