Zulfazly penuhi sasaran

ZULFAZLY Zulfakar memenangi pingat emas menerusi Kelas Tanding D (60-65kg).
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

PESILAT negara, Zulfazly Zulfakar memenangi pingat emas menerusi Kelas Tanding D (60-65kg) selepas menewaskan wakil Indonesia, Hanifan Kusumah 3-2 di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay sebentar tadi.

Ia adalah pingat emas kedua negara dalam sukan pencak silat sekali gus memenuhi sasaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Sebelum ini gandingan Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga meraih pingat emas dalam acara ganda putra.

Kejayaan Zulfazly juga dilihat menebus kekecewaan kapten pasukan, Muhammad Faizul M Nasir yang menjadi prospek utama untuk memenangi pingat emas.

Faizul tewas pusingan awal Selasa lalu di tangan peserta tuan rumah.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Khamis, 05 Dec 2019