Kontrak Kim Swee tidak disambung

Stuart (kanan) sahkan kontrak Kim Swee tidak disambung. FOTO BERNAMA/NSTP
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

'JODOH' Datuk Ong Kim Swee dengan skuad Bawah 22 tahun Kebangsaan (B-22) tidak berpanjangan apabila kontraknya selaku ketua jurulatih tidak akan disambung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha FAM, Stuart Ramalingam ketika mengesahkan berita itu, hari ini berkata, mengikut perjanjian kontrak pengendali berasal dari Melaka itu berakhir hujung tahun ini.

Begitupun khidmat Kim Swee dalam skop kerja berbeza tetap ditagih badan induk bola sepak negara.

"Hanya kontrak beliau sebagai ketua jurulatih B-23/22 tidak akan disambung. Tapi ini tidak bermaksud beliau tidak akan bekerja lagi dengan FAM.

"Mungkin beliau akan ada tugasan lain, tapi saya belum tahu. Beliau berpengalaman dan perkara ini akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk dimanfaatkan," katanya dihubungi.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Khamis, 05 Dec 2019