Triples lelaki bangkit raih emas

Skuad petanque raih pingat emas acara triples lelaki. FOTO Saiful Affendy Sapran
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SKUAD petanque negara bangkit daripada ketinggalan untuk meraih pingat emas acara triples lelaki selepas menewaskan Thailand 13-11 pada saingan Sukan Sea di Clark, Filipina.

Gandingan Muhamad Hafizuddin Mat Daud, Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Saiful Bahri Musmin pada mulanya dilihat sudah tiada harapan apabila pada satu ketika ketinggalan 4-9.

Namun mereka bangkit dengan aksi cukup menyakinkan apabila mencatat kemenangan 13-11.

Skuad triples wanita juga cemerlang apabila meraih perak.

Gandingan Nurashimah Senin, Nur Farah Hana Musa dan Sufiqriyani Edie tewas 4-13 kepada Kemboja pada aksi final.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Khamis, 05 Dec 2019