Khairul terkandas

Khairul Anuar tewas mengejut kepada pemanah Myanmar, Oo Nay Lin. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

‘ROBIN Hood’ negara, Khairul Anuar Mohamed tewas mengejut kepada wakil Myanmar, Oo Nay Lin 4-6 pada aksi suku akhir acara recurve individu di Clark Parade Ground, Clark City, hari ini.

Kem negara turut suram apabila seorang lagi wakil negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli juga terkandas di suku akhir apabila tewas mudah 0-6 kepada Purnama Hendra dari Indonesia.

Bagi pengurus memanah negara, Datuk Johari Salleh, barisan atlet pemanah negara tidak dapat beraksi pada tahap terbaik meskipun cuaca agak baik.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Jumaat, 06 Dec 2019