Tze Liang-Yiwei tuai emas kedua terjun

Tze Liang (kanan) bersama Yiwei raih pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

GANDINGAN Ooi Tze Liang-Chew Yiwei memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik New Clark City, hari ini.

Mereka berdua mengumpul 398.16 mata selepas berakhir kesemua enam pusingan.

Perak menjadi milik pasangan Thailand, Juntaphadawon Chawchanwat-Marksin Thitipoom yang meraih 344.76 mata.

Gandingan Singapura Timothy Lee-Mark Lee pula meraih gangsa selepas mengutip 340.53 mata.

Ini adalah gandingan kali pertama Tze Liang-Yiwei pada saingan Sukan Sea dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Jumaat, 06 Dec 2019