Wendy kembali rampas emas

Wendy atasi rakan senegara dan peserta Vietnam. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

PENERJUN negara, Wendy Ng Yan Yee memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik New Clark City, hari ini.

Wendy unggul apabila mencatat 298.90 mata selepas lima pusingan manaka seorang lagi penerjun negara, Jasmine Lai meraih perak dengan catatan 241.95 mata.

Peserta Vietnam, Ngo Phuong Mai meraih gangsa dengan catatan 241.25 mata.

Wendy meraih emas menerus acara sama pada 2017 di Kuala Lumpur namun dia gagal ujian doping sekali gus menyaksikannya digantung selama lapan bulan dan pingat emasnnya ditarik balik.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Jumaat, 06 Dec 2019