GANDINGAN Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng menutup tirai terjun dengan sempurna apabila memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama wanita Sukan Sea Filipina di Clark, sebentar tadi.
Dhabitah-Wendy mendominasi acara itu sejak 2013 di Myanmar lagi.
Mereka meraih 270.60 mata manakala gandingan Singapura, Fong Kay Yian-Ashlee Tan meraih perak selepas mengumpul 228.06 mata.
Gangsa milik Booranapol Surincha-Yanmongkon Ramanya dari Thailand yang meraih 208.14 mata.
Terjun menepati sasaran meraih semua empat pingat emas ditawarkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd