Welson gagal tebus kekecewaan

Welson Sim memenangi pingat perak acara 200 m gaya bebas. FOTO Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

IMPIAN perenang negara, Welson Sim untuk mempertahankan pingat emas menerusi acara 200 meter gaya bebas tidak kesampaian apabila dia sekadar berpuas hati dengan meraih pingat perak.

Perenang berusia 22 tahun itu mencatat masa 1:48.52 saat (s), tewas kepada perenang Singapura, Darren Chua yang mencatat 1:48.26s manakala Quy Phuoc Hoang dari Vietnam mencatat 1:48.59s untuk gangsa.

Ia adalah kegagalan kedua Welson untuk mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu di Kuala Lumpur selepas turut gagal mempertahankan emas dalam acara 400 meter gaya bebas sebelum ini. Ketika itu dia tewas kepada sensasi baharu dari Vietnam, Nguyen Huy Hoang.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Sabtu, 07 Dec 2019