Skuad ragbi tak boleh leka

Mohd Saizul Hafifi rancang strategi pasukan. FOTO File NSTP.
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

SKUAD ragbi lelaki negara tidak melatah sekalipun merekodkan tiga kemenangan pada pusingan awal ragbi tujuh sepasukan Sukan Sea Filipina hari ini.

Ketua jurulatih negara, Mohd Saizul Hafifi Mohd Noor berkata tumpuan utama adalah perlawanan menentang Thailand esok bagi memastikan peluang ke final tidak tercicir.

Menurutnya, peluang semua pasukan masih terbuka dan jika terlalu yakin boleh mengundang padah dalam misi skuad negara mempertahan emas dimenangi pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

"Thailand bermain baik hari ini dan kita berharap esok persembahan pemain kita juga akan lebih baik serta teratur mengikut perancangan.

"Peluang Insya-Allah, sebab saya lihat jika kita berada di final, peluang adalah 50-50 untuk semua.

"Jadi, fokus utama esok menang dengan Thailand dan selepas itu barulah kita akan buat perancangan bagi mengekalkan pingat emas yang kita menang sebelum ini. Sebabnya peluang semua pasukan semua masih terbuka," katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Malaysia bermula langkah kanan dengan menewaskan Indonesia 38-0, diikuti Singapura 26-12 sebelum membenam Laos 68-0 pada perlawanan ketiga. Sementara itu, skuad wanita pula mencatatkan dua kemenangan ke atas Singapura 19-12 dan Laos 39-0 dan kalah 5-31 kepada Filipina pada pusingan awal.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Sabtu, 07 Dec 2019