Muay thai raih emas

Rifdean tewaskan peserta Laos untuk pingat emas negara. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SKUAD Muay Thai negara meraih pingat emas menerusi Mohamad Rifdean Masdor dalam kategori 45 kilogram (kg) di Pusat Pameran dan Konvensyen Teluk Subic, hari ini.

Pada aksi final, Mohamad menewaskan peserta Laos, Soulixay Singsavath menerusi keputusan knock out.

Kejayaan Mohamad menyaksikan muay thai berjaya memenuhi sasaran satu emas ditetapkan untuk mereka.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 08 Dec 2019