Jaguh pecut kekal milik kita [METROTV]

Haiqal jaguh pecut Asia Tenggara. FOTO Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

GELARAN Raja Pecut Asia Tenggara kekal milik Malaysia selepas Muhammad Haiqal Hanafi mengungguli acara pecut 100 meter (m) dengan catatan 10.35 saat (s) sekali gus catatan peribadi terbaiknya di Stadium Olahraga New Clark City, Clark, hari ini.

Haiqal meneruskan legasi Khairul Hafiz Jantan yang tidak beraksi menerusi acara riben biru itu pada edisi kali ini selepas memegang gelaran sama dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Pada aksi final, Haiqal diapit dua pelari pecut Thailand, Ruttanapon Sowan dan Bandit Chuanghai yang masing-masing meraih perak dan gangsa dengan catatan 10.49s serta 10.52s.

Menurut Haiqal, kata-kata nasihat daripada Khairul sebelum turun beraksi turut membantunya pada aksi final.

"Kejayaan ini amat bermakna kerana ia paling besar dalam karier saya sebab kali pertama saya beraksi dalam acara individu.

"Saya sendiri tidak menjangka mampu memenanginya," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Ahad, 08 Dec 2019