Dr Yew pastikan emas Malaysia

Weng Kean raih pingat emas acara Hearthstone. FOTO BERNAMA
Firdaus Hashim dari Manila
firdaushashim@hmetro.com.my

BERBEKALKAN semangat juang tinggi serta tidak mengenal erti putus asa menyaksikan atlet eSports negara, Dr Yew Weng Kean muncul atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Sea 2019 kali ini.

Sukan eSports pertama kali dipertandingkan di temasya dwitahunan itu, mencatat sejarah baharu buat Weng Kean yang berjaya memenangi acara Hearthstone dengan mengenepikan atlet Thailand, Werit Popan 3-1 di Arena San Juan, Manila, hari ini.

Dia yang berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Heriot-Watt di Putrajaya, mengakui kejayaan menewaskan wakil Thailand itu bukan mudah terutama selepas ketinggalan pada set pertama.

Namun dalam set berikutnya dia bangkit untuk memenangi pertarungan akhir itu.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 09 Dec 2019