Jinq En ungguli 100m kuak dada wanita

JINQ En meraih dua emas dalam acara 50m dan 100m kuak dada. — FOTO Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

PERENANG negara, Phee Jinq En memenangi pingat emas acara 100 meter kuak dada dengan rekod baru Sukan Sea 1 minit 08.50 saat di Pusat Akuatik New Clark City, hari ini.

Jinq En menewaskan Christie Chue dari Singapura yang mencatat masa 1:09.06s untuk meraih perak.

Pingat gangsa pula menjadi milik Nisha Kijkanakorn dari Thailand dengan catatan 1:10.70s.

Ia emas kedua dimenangi Jinq En selepas menjuarai acara 50 meter kuak dada sebelum ini.

Rekod temasya sebelum ini adalah 1:09.00s miliknya sendiri yang dilakukan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 09 Dec 2019