Emas skuasy berpasukan lelaki, wanita

ADDEEN (kanan) sumbang mata pertama pasukan lelaki di Manila. — FOTO Bernama
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

SEPERTI dijangka, pasukan skuasy negara ternyata berada pada kelas tersendiri apabila mudah menyapu dua lagi pingat emas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita di Manila, hari ini.

Skuasy yang meraih dua emas dalam acara individu lelaki dan wanita sebelum ini, tampil selaku pasukan pilihan dalam kedua-dua aksi final dengan pasukan lelaki menewaskan Indonesia 3-0.

Tiga pemain negara, Darren Rahul, Addeen Idrakie Bahtiar dan Ryan Pasqual tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan masing-masing.

Addeen, yang memenangi emas perseorangan lelaki, menundukkan Agung Wilant 11-8, 11-2, 11-3, Darren menewaskan Mohammad Faisal 11-5, 11-9, 11-5 manakala Ryan mengalahkan Rahmad Diyanto 11-6, 11-2, 11-3.

Rentak sama turut dituruti pasukan wanita negara yang mudah membenam Singapura 3-0.

Rachel Arnold, juara perseorangan wanita bermula langkah kanan apabila menewaskan S Sneha 11-5, 11-6, 11-3, Lai Wen Li mengutip mata kedua mengatasi Sherilyn Yang 10-12, 11-6, 11-3, 11-4 manakala Ooi Kah Yan membenam Yukino Tan 11-5, 11-7, 11-8.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Isnin, 09 Dec 2019