Syed Saddiq mahu heret ke mahkamah

Syed Saddiq (dua dari kanan, depan) mahu bawa kes pingat ke mahkamah. FOTO OSMAN ADNAN
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

KONTINJEN Malaysia bersedia untuk mengheret isu penarikan pingat emas atlet gimrama negara, Izzah Amzan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Cas) sekiranya ia gagal diselesaikan di peringkat Jawatankusa Penganjur Sukan Sea Filipina (Phisgoc) dan Persekutuan Sukan Sea (SEAGF).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menuntut keadilan selepas emas yang dimenangi oleh Izzah pada Sabtu lalu, ditukar sebagai pingat perak dalam sistem keputusan rasmi tanpa sebarang notis.

Katanya lagi, menurut buku teknikal temasya dikeluarkan oleh Phisgoc, Perkara (Artikel) 12.4 menyatakan dengan jelas seandainya berlaku keputusan atau mata yang sama, pingat harus diberikan kepada kedua-dua pemenang.

“Phisgoc harus bertanggungjawab dalam perkara ini kerana mereka sendiri bersetuju memberikan pingat emas kepada kedua-dua atlet.

"Ini bukan sahaja soal pingat, tapi soal maruah kedua-dua negara,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Selasa, 10 Dec 2019