Emas Izzah dipulang semula

Izzah akan terima semula pingat emasnya. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

ATLET gimrama negara, Izzah Amzan kini boleh mengukir senyuman semula selepas pingat emas yang dimenanginya sebelum ini pada temasya kali ini akan dipulangkan semula.

Perkara itu disahkan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Sea (CDM) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, Izzah akan mendapat semula pingat yang dimenanginya dalam acara riben.

Jelas Megat, Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (Phisgoc) menerima protes dikemukakan kontinjen Malaysia dan akan menambah semula pungutan pingat emas negara.

"Mereka bersetuju dengan klausa dalam buku peraturan Sukan Sea dan akan memulangkan semula.

"Selewat-lewatnya petang ini mereka akan menambah semula emas itu dalam pungutan pingat negara," katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan, kontinjen negara menerima tamparan selepas emas dimenangi Izzah dalam acara riben, Sabtu lalu ditarik balik selepas diumum sebagai pemenang bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan.

Izzah kemudian diberikan pingat perak berdasarkan kedudukan pingat terbaru yang disiarkan di laman web rasmi Sukan Sea Filipina sebelum ini.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Selasa, 10 Dec 2019