Lompatan emas Hakimi

Hakimi pertahan pingat emas Sukan Sea. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

MUHAMMAD Hakimi Ismail masih unggul apabila memenangi pingat emas acara lompat kijang Sukan Sea dengan lompatan sejauh 16.68 meter di Stadium Olahraga New Clark City, hari ini.

Hakimi menewaskan peserta tuan rumah, Mark Harry Diones yang melakukan 16.42m manakala peserta Indonesia, Sapwaturrahman mendapat gangsa dengan lompatan 16.21m.

Hakimi mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut selepas melakukannya pada 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Selasa, 10 Dec 2019