Vietnam akhiri badi bola sepak Sukan Sea

PEMAIN Vietnam meraikan kejayaan menundukkan Indonesia 3-0. — FOTO Agensi
Agensi

SELEPAS tewas lima final bola sepak lelaki Sukan Sea, Vietnam akhirnya menamatkan badi itu selepas menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam ini.

Vietnam muncul naib juara pada 1995, 1999, 2003, 2005 dan 2009. Vietnam Selatan bagaimanapun muncul juara pertama pada Sukan Seap 1959 di Bangkok.

Dua gol sumbangan pemain pertahanan Doan Van Hau dan kapten Do Hung Dung membantu pasukan kendalian Park Hang Seo merangkul emas buat julung kalinya.

Kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat kumpulan yang dimenangi Vietnam 2-1.

Ketika Vietnam menang emas enam kali dalam pertandingan wanita, termasuk tahun ini selepas menundukkan Thailand 1-0 pada final Ahad lalu, pasukan lelaki mereka berlum pernah merasai nikmat meraih emas temasya dwitahunan itu.

Hang Seo, yang dibuang padang kerana membantah pengadil, kini sukar dicabar di peringkat Asia Tenggara selepas mengemudi skuad senior menjuarai Piala AFF tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019

    © New Straits Times Press (M) Bhd

    Selasa, 10 Dec 2019